Friday, June 6, 2008

dear diary

Sesekali..terfikir di hati...
Sudah tertulis sejak dari azali siapa jodoh kite.Itu yang selalu kite dengar dan kite memang percaya. Setiap daripada kite memang ada jodoh masing-masing cuma kite tak tahu siapa,dari mana,di mana atau bila kite dan dia akan bertemu. Ada juga orang berkata - kite boleh mengubah takdir jodoh kite. Hmm,siapa kite untuk berfikir setara itu...

Sungguh sejuk rasa di hati bila mendengar cerita yang berakhir dengan kesimpulan "kalau ada jodoh tak kemana". Bertemu dan kemudian berpisah untuk suatu waktu yang lama,akhirnya ditakdirkan untuk bersama semula. Atau kadangkala,bermacam dugaan menimpa,tapi bersatu jua.Betapa indahnya ketentuan Allah.

Ini dialog dalam sebuah kisah kehidupan realiti,yang diucapkan oleh seorang Adam kepada seorang Hawa. "Sebenarnya,awaklah tulang rusuk yang saya cari selama ini".Apakah Adam benar-benar yakin bahawa Hawa itu jodohnya? Wallahualam. Mereka berdua tidak tahu,begitu juga kite. Sesiapa juga tak mungkin tahu.Jawapannya hanya ada pada DIA yang satu..


"aku ingin menyintai...
dan aku ingin sekali dicintai...
tapi ku takut dengan cinta insan...
kerana cinta ilahi belum kutemui...
aku yakin..dan terlalu yakin...
andai cinta ilahi telah kumiliki..
insyaALLAH..akan kutemui cinta abadi..."

2 comments:

insa(ne)tiable said...

ala cik malin da nak kawin ke??

♥MALIN♥ said...

uhuks3x(batuk jap..)
me kawen??! huuu...blom smpi seru lg. xde org masuk minang pon. camnerla nk kawen.iskkk...
life so complicated~~