Sunday, April 19, 2009

3 years

Assalammualaikum... Morning frens!!!... is it too early to wish u guys gud morning?? 10 minutes before 4 a.m. Betul la kena cakap selamat pagi kan... hehehe...So, what i'm doing here and waking up these late??... well, Nuttin act... Juz this tiny eyes ni yang degil sangat x nak tido lagi. Sambil2 tu i read back all my previous entry dari start memasuki dunia Blog ni. Almost 3 years!! So fast kan... A LOT of things happened thruout dat period... kire blog ni bleh kate online-diary for blogger2 mcm saya la kan... heheh... Sempat jgk baca blog kawan2 yang lain. Lama jugak yang tak berupdate diorang ni =P (sile la "terasa" bagi sape2 tu eh... kikikiki~~) Okies... Below ni article that i got from blog my besties in SAMURA, cik Azimah... Really nice one! =)


Sekadar berkongsi..

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang Ustaz yang sedang mengajar. Ketika itu, Ustaz tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan Ustaz tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Ustaz, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Ustaz : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Ustaz : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang ustaz suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka ustaz pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Ustaz : Mana rumput yang ustaz suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah ustaz cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Ustaz : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


Jadi... renung-renungkan dan selamat beramal...!!(
Professor Izi Haji Ali)

No comments: