Sunday, September 27, 2009

Still in the mood of Raya

It's Monday tomorrow~!!!! owhh.... TIDAKKKKK!!!!
x nak keje. nak cuti lagi. nak bermalas-malasan lagi kat umah. nak makan2 lg. nak jalan2 lg. nak tuu.... nak nie.... blablabla... kenapa kene KEJE. KEJE tu ape??? huhuhu... kan best if Raya tu cuti die mcm org baru lepas bersalin. cuti lama2. TAPI... esok 2 pm ade ade meeting kat MOA Putrajaya.. dan semestinya kene ATTEND. tapi tengah berdoa harap2 bos yang gi esok. huhuhu. paling x pun, harap2 diorang postponed meeting tu (harapannn...) K la, nak tdo... ;(

Enjoy pics below, taken today with my fellas... Tya n Lyana... bff of mine since form 1... missed the good old days... ;)

**more piccas upload kat Facebook ;)

smileeee~~!

lily's ugly face ;)

selamat hari raya

flying kiss...hehehe

even umur dah 24 punn nak hip2 hoorey jgk~! ;P

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


SSELAMAT HARI RAYA AIDILFITTRI
MAAF ZAHIR & BATIN




ikhlas dari,
Nur Amalina @ Malin =)

Friday, September 18, 2009

Kerana Dia Manusia Biasa

Assalamualaikum…
Semoga bermanfaat…
Baik utk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga…
Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga…
Mengapa?
Kerana Dia Manusia Biasa…

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam.
Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi.

Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.

Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya....!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan Untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.

Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual-hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur. "Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini

Saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe....

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

------------------------------------

Kepada Yth ........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya...

Assalamu'alaikum Wr Wb...

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.
Saya, yang bernama ................ menginginkan anda .................. untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.

Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamanya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa... Cinta saya juga biasa saja.
Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

------------------------------------

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa....... . " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa.

Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. BetuI tak? Paling tidak... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt..." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik...?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur Segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama.

Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan Dan kemantapan untuk menikah.

Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.


**credit to www.iluvislam.com**

Tuesday, September 15, 2009

E-Card

Greeting: Selamat Hari Raya & Aidilfitri

Inbox
Add star

Noelyap

Tue, Sep 15, 2009 at 5:59 PM
To: 2hconsult@gmail.com

Attn:

Cik Nor Amalina

En Lokman

Ir Hazimi Bin Mak Tapin

Dear (Mr/Mrs/Ms/Ir/Dato/Datin),

Jumbohan Marketing Sdn Bhd Would like to wish you Joyous and Properous days ahead!

Also we would like to take this opportunity to thank you for your support at all time.

Best regards,

Noel Yap

Sales & Marketing Manager

Jumbohan Marketing Sdn Bhd

Mobile : +6016 201 3677

Tel : +603-4041 9333

Fax : +603-4041 9314 / 4041 0606

Website: www.jumbohan.com





=========================================================================================
Alaa... E-Card jek??! (iskk2... bersyukur la Amalina oitss... ade jgk org bagi ;P)
... nak hamper ke ape... baru 1 hamper je dpt ni... huhuhu... nak buat collection x dpt la camni... (x b'syukur lagi tuh.... huehue~~)

Lagi 1,buka puase sumer nak buat kat KL... cuber la buat kat area Sban ke... senang cket nak meng-attend kan diri... huehue

Saturday, September 12, 2009

Bersabarlah hati...

..Ya Allah ampunilah dosa-dosa hambamu ini,dan kurniakanlah aku kesabaran..ameen..


Hidup ini,
Memang penuh dgn ujian,
jika tiada ujian dan cabaran,
Bukanlah dinamakan
Sebagai kehidupan.
Setiap detik dan saat
Kita pasti diuji,
Hanya dgn ketabahan shj
Dapat mengatasi segalanya…

Ujian yang datang kpd kita,
Pastinya akan
Mematangkan lagi diri kita,
Dlm menghadapi
Onak dan duri di dunia.
Cubalah bersabar,
Dan selesaikan dgn cara yang baik,
Jika tak dapat juga,
Minta lah pertolongan,
Dari mereka yg memahami diri kita…

Kehidupan ini akan lebih indah,
Jika disulami dgn ketenangan yg abadi.
Namun kita sbg umatnya,
Tidak akan terlepas
Daripada perhatian darinya.
Kerana jika ada ujian,
Itu menandakan kita mendapat
Perhatian daripada Allah…

Usahlah ditangis,
Kerana hati yang berani,
Tak akan mengeluarkan
Walau setitis air mata.,,
Kerana apa yang berlaku,
Pasti ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya…

Sabarlah hati…….



Cinta mati harus dijaga sampai mati

Jangan sampai ke lain hati
Nanti jadinya patah hati
Hati-hati menjaga hati
Mata hati


Cinta Mati 2 - Mulan Jameela feat Mitha

Thursday, September 10, 2009

Meeting with KPM


testing2.. Hope diz will success. hehe. currently updating diz blog dlm blk meeting for projek sek.sri puteri bt.pahat kt KPM Putrajaya. But at d moment, tgh turn projek sekolah kt S'wak.. Our turn mayb after diz kot... Aiyoo.. i hate waiting. Nk je g Alamanda belakang ni buat ape yg patut kt sane.. hehehe.. Tp, mcm la bleh kan.. huhu. K la, roger later. Nak sambung dgr contractor "gadoh" dgn org KPM. hehe. brb~~

Monday, September 7, 2009

Level 43

What did i do today?lets see...

  1. arrived office at 9.15 am (hehehe....so late, isnt it. buat mcm ofis sendiri pulaks~)
  2. then switch on lappie, online facebook n look-out for d sorority life update (hahaha... nasib baik bos still in holiday~~)
  3. checking email n others stuff ( i.e : blog, newspaper,YM etc)
  4. around 11am, finally able to start with work things, after gain so much "energy" via surrounding env ;P
  5. 1 pm, time for malas-malasan, but still no tido mode for me... thus, continue playing sorority life... again~~ *im now at Level 43... chaiyok2!!* ;P
  6. around 2.30pm, checking drawing to b submit by tomorrow (owhh yes, need to attend meeting esok@melaka... duhh... i hate meeting while in fasting... ;P)
  7. d time rite now 4.16pm = typing this thingy.... n counting times to go home of coz...

bottom of, almost 60% doing things dat not related to work. which i can said, BRAVO on behalf of my bos..... heheheheh (maaf yer bos)



Happy Birthday to Shidanne .... Selamat melangkah ke hari tua. LAst year bday bulan puasa, diz year pon same rite. heheheh... Berkatt tu..

Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki oleh-Nya.. Ameen =)


Tuesday, September 1, 2009

Al-Fatihah

Tengah kemas2 nak balik,received call from my Aunty(Mak Silah).. From her voice, i noe there's must be sumthing bad news....

"Atok Itam dah x de... Dia dah tinggalkan kite tadi....."

Inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un.... To Allah we belong and to Him we shall return.

Jenazah beliau akan dikebumikan pagi esok di Parit Bakar, Muar.


Al-Fatihah

Jaffar bin Abdul (1932-2009)



**news about him, here and here.


**terkilan sebab x dapat jumper arwah Atok for d last time. Kali terakhir jumpe bulan 5 aritu, masa tu kenduri Akikah kat Kampung Muar, buat kenduri doa selamat sekali utk Hari Lahir Atok ke-77.... Semoga roh Atok dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang yang beriman... Ameen....

his last cake...

last pic of him yang sempat sy ambil bulan 5 lepas...

dgn arwah Atok Itam masa Perjumpaan Keluarga Jamak